Thursday, June 26, 2014

Resepi Asam Tempoyak


-akan datang-

Gulai Tempoyak Ikan Patin 


Pais Tempoyak Ikan Talapia


Sambal Tempoyak

Asam Tempoyak


Asal Asam Tempoyak


Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. 

Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular.

Tempoyak turut dirakamkan dalam Hikayat Abdullah sebagai makanan harian bagi penduduk Terengganu, semasa melawat Terengganu (sekitar 1836), dengan menyatakan bahawa makanan kegemaran mereka adalah "... tempoyak dan pekasam dan petai dan jering dan sebagainya...."

Resepi Asam Rom

-akan datang-

Gulai Asam Rom 



Sambal Bakar Asam Rom

Asam Rom made in Jerantut


Asal Asam Rom


Perkataan Asam Rom atau dikenali sebagai Asam Rong ini berasal dari perkataan "isirong" iaitu merujuk kepada bahagian isi dalam buah dan perkataan asam itu digunakan kerana kaedah penyimpanan dan pembuatan asam rong ini sama dengan asam yang lain seperti Asam Tempoyak dan Asam Belimbing Hitam.
 Asam Rom ini dipopularkan oleh penduduk di sebelah perkampungan mukim Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang.